Zhonghua Sec
Home > Departments > Mother Tongue

Mother Tongue

华文部

无论时代如何进步,母语部的使命始终是一样的,那就是帮助学生掌握语言、认识文化。我们在校内主办不同的学习活动,让学生在参与的过程中认识母族文化和提高学习华文的兴趣。


庆祝农历新年、中秋节
农历新年和中秋节是学校每年都庆祝的传统节日。农历新年是学年中最早到来的节日,因此各大表演团体开学后便马上投入表演项目的排练中。这个庆祝活动对一些中二学生来说也别具意义的,这或许是他们第一次在全校师生面前展现自己的才艺呢!
中秋节是团圆的日子,我们特别邀请学校咨询委员会、家长会和校友会的代表在这一天与我们共度佳节。为了增添节日气氛,我们也主办灯笼制作比赛让中一学生参加。除了表演项目,我们也进行有趣的寻宝游戏、猜灯谜、吃月饼和提灯赏月的活动。


专题演讲
今年,我们挑选了电影小说《我来自纽约》作为中二学生的假期读本。为了让学生对这部小说的创作灵感和背景有更深一层的认识,我们特在母语周邀请电影导演张爵西以及作家李慧慧亲临学校为学生进行创作分享会。

为了提高学生的文学素养,我们也在母语周邀请到本地杰出作曲家符钰钏老师以校友的身份为高级华文的学生主讲《艺谈名著》。除了通过不同类型的华夏艺术介绍四大名著中具有代表性的故事,她也亲切地与学弟学妹分享了她在音乐创作方面的心得。


华语问答比赛-成语PK赛、华文我最行!
每年,我们都为高年级学生主办华语问答比赛,每班代表以小组合作的方式争夺比赛的冠、亚、季军。只见台上的学生分秒必争抢答,台下观众热烈鼓掌打气,场面十分热闹。我们希望通过趣味性的语文游戏鼓励学生好好学习华文华语。


CL A.png


CL B.png


CL C.png


CL D.png
CL E.png




Malay Unit

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2017:


Bengkel Dikir Barat: 
Pada 7 Mac 2017, para pelajar menengah 1 hingga 5 telah mengikuti Bengkel Dikir Barat yang dikendalikan oleh dua orang jurulatih yang berpengalaman. Bertempat di Studio Muzik, pelajar-pelajar diberikan penerangan tentang sejarah dan perkembangan dikir barat di Malaysia dan Singapura. Para pelajar menerima tunjuk ajar berkenaan cara persembahan dikir barat dan alat-alat muzik tradisional yang mengiringi persembahan dikir barat. Melalui penyertaan mereka, pelajar memahami mesej yang tersirat dalam setiap persembahan dikir barat dan sekaligus memperluaskan pengetahuan serta memperkayakan kosa kata mereka. Para pelajar juga lebih menghargai warisan mereka, dapat membina keyakinan diri selain bekerjasama untuk menghasilkan pergerakan yang serentak dan sepadu.

 

ML A.jpg
ML B.jpg
ML C.jpg  

Peraduan-peraduan Yang Dianjurkan Jabatan Bahasa Melayu:
Sepanjang Minggu Dwibahasa dalam bulan Mac, beberapa peraduan telah dijalankan seperti Peraduan Penulisan Sajak, Peraduan Sahibba, Peraduan Bahas dan Peraduan Penulisan Esei. Peraduan-peraduan ini telah dianjurkan dengan tujuan mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian dalam penggunaan bahasa Melayu, mengasah bakat para pelajar dalam bidang penulisan kreatif serta mengembangkan kosa kata pelajar.

 

ML D.jpg


ML E.jpg
ML F.png


Bengkel Persiapan bagi Peperiksaan GCE Peringkat Biasa
Pelajar-pelajar Menengah 3 dan 4 Ekspres/Normal Akademik telah menyertai ‘Bengkel Kalam Jauhari’ yang diadakan di Sekolah Menengah Bartley pada 25 Mac 2017. Para pelajar telah mengikuti beberapa sesi untuk memperkukuh dan mempertingkatkan kemahiran mereka daripada segi penulisan dan lisan.     


Bengkel Lisan ‘Bahasa Melayu: Tuturlah Dengan Yakin’ 
Pada 15 Julai 2017, satu bengkel lisan telah dianjurkan untuk para pelajar. Penceramah-penceramah undangan pada hari itu ialah Saudara Megat Muhammad Firdaus Muhammad dan Saudara Riz Sunawan. Mereka merupakan Duta Bulan Bahasa yang dijemput khas untuk membantu para pelajar memperbaiki kemahiran bertutur. Para pelajar telah diberi panduan tentang sebutan baku dan cara penyampaian yang berkesan bagi acara atau situasi yang pelbagai.

 

ML FA.jpg

ML G.jpg


Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Bahasa di Peringkat Nasional:
Para pelajar berpeluang untuk menyertai kegiatan-kegiatan yang dianjurkan di peringkat nasional. Dengan penyertaan tersebut, pelajar-pelajar diberikan pendedahan kepada konteks dan ruang penggunaan bahasa Melayu yang lebih luas dan pelbagai. Mereka bukan sahaja dapat meraih manfaat daripada segi pengetahuan bahasa dan nilai budaya Melayu, mereka juga dapat membentuk kemahiran-kemahiran sosial. 
Rakan Bahasa Bulan Bahasa ~ Dua orang pelajar, Muhammad Dinie bin Muhammad Jasmani dan Nur’Atifah Aminah bte Ahmad telah dilantik sebagai Rakan Bahasa dengan harapan mereka akan ‘menyebar rasa cinta terhadap bahasa Melayu kepada rakan-rakan mereka di sekolah’. Melalui penglibatan dalam beberapa acara, mereka berpeluang ‘mempelajari kemahiran hidup dan menonjolkan semangat mereka terhadap bahasa dan budaya Melayu’.
Dua orang pelajar, Ahmad Irfan bin Ahmad Ali Imran dan Izrawahayu bte Ramlee telah menyertai sebuah bengkel yang dikendalikan oleh Berita Mediacorp. Wartawan dan editor yang berpengalaman telah berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang kewartawanan, khususnya bidang penyiaran dan kewartawanan digital. Pembaca berita Suria Mediacorp Nity Farhana dan Izwan Othman telah menerangkan beberapa tip dan informasi tentang dunia penerbitan kewartawanan. Penyertaan dalam bengkel ini meluaskan lagi pemahaman pelajar tentang kerjaya dalam bidang kewartawanan.    

ML H.jpg

Bergambar bersama Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga di bengkel Berita Mediacorp. 


Malay Conversational Course
Pada tahun ini, beberapa orang pelajar Menengah 1 telah menyertai kursus ini. Tujuan kursus ini adalah untuk memperkenalkan para pelajar kepada penggunaan bahasa Melayu dalam perbualan seharian. Pembelajaran ini dijalankan dalam keadaan santai selama 10 minggu pada setiap hari Selasa. Kursus ini telah mendapat subsidi dari Kementerian Pendidikan. Diharapkan di akhir kursus ini, pelajar-pelajar ini dapat berbicara dengan menggunakan Bahasa Melayu yang mudah.